Penghantaran PERCUMA Sem. Malaysia.
0

10 Idea Azam Tahun Baru Seorang Wanita Muslim. No.9 Paling Menarik


Hanya 3 minit untuk anda hadam isi kandungan di bawah yang mungkin dapat membantu menjadikan tahun 2018 anda lebih hebat :)

1. Baik terhadap diri sendiri

Sebenarnya hati lebih tenang dan bahagia bila kita bersikap baik terhadap diri sendiri. Jangan terlalu keras dengan diri sendiri. Diri anda layak mendapat yang terbaik. Jika anda seorang ibu atau isteri, anda pasti akan memberi keutamaan kepada keluarga terlebih dahulu. Ini semestinya. Tahun ini cuba untuk seimbangkan kepentingan dan keperluan diri sendiri juga. Contohnya, anda layak mendapat baju baru, membeli mekap baru, berdandan untuk suami, dan meluangkan masa untuk diri sendiri. Namun sematkan dihati untuk melakukannya dengan cara sederhana dan seimbang.

Jika anda gagal melakukan sesuatu perkara, maafkan diri sendiri dan teruskan usaha. Usah dibeban dengan rasa bersalah yang amat. Jalan terus.


2. Baca makna 3 ayat Al-Quran setiap hari

Teruskan pembelajaran walaupun telah meningkat usia. Ilmu perlu dipelajari hingga ke liang lahad. Selain membaca Al-Quran dalam bahasa Arab, tanamkan azam untuk membaca dan memahami maknanya. Baca, fikir, dan hadam. Al-Quran diturunkan untuk difahami dan diamalkan, bukan sekadar membaca dalam bahasa yang kita tidak fahami. 


3. Aktifkan diri

Tahun ini tiada lagi alasan tiada masa untuk bersenam. Setiap hari selepas bangun tidur, ambil masa cuma 3 minit untuk buat stretching sebelum bersolat Subuh. Banyakkan bergerak terutamanya jika anda bekerja di pejabat. Pilih untuk menaiki tangga, selain lif :)


4. Jaga pemakanan

Kenali makanan yang sihat. Hentikan snek atau makanan ringan yang berkolestrol tinggi dan memudaratkan. Gantikan dengan buah-buahan dan kekacang ataupun kurma dan kismis sebagai kudapan. Minum air yang cukup.


5. Hargai orang di sekeliling terutama yang tersayang

Seringkali kita tidak sedar akan sesuatu yang sudah dimiliki. Hari ini pupukkan rasa prihatin dan menghargai orang di sekeliling kita. Ucapkan terima kasih kepada suami dan ibubapa kerana menjaga kita. Kucup dahi anak dan ucapkan sayang kepadanya atas usahanya belajar dan menolong di rumah. Fokus dan pandang mata anak kecil apabila mereka bercakap dengan anda. Dengar penuh minat dan senyum.


6. Tentang syukur

Fokus fikiran anda kepada perkara yang telah dimiliki. Usah difikir dan dibanding diri sendiri dengan orang lain. Mungkin anda lihat seseorang lebih bahagia atau lebih berharta, namun anda tidak tahu apa yang tidak dimilikinya. Jadi hari ini tetapkan hati untuk lihat dan hargai perkara yang telah dimiliki. Ada orang dilahirkan cantik, namun kurang pintar dan tidak bernasib baik. Ada orang dianugerahkan nikmat harta melimpah ruah, namun tiada zuriat. Antara nikmat yang paling besar ialah kesihatan. Syukur kerana diberi kesihatan, anda dapat bekerja dan melakukan banyak perkara dengan mudah. Lihat situasi orang yang kurang bernasib baik dari anda, pasti anda akan bersyukur. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Tetapkan hati tanamkan bahagia dalam diri, jauhi hasad. Usah dipeduli apa yang orang lain fikir tentang anda. Kadang-kadang nikmat itu datangnya lambat. Bersabar. Anda pasti bahagia.


Zikir dan syukur pengubat hati. Jam IMAN mengingatkan anda untuk berzikir setiap masa. 


7. Rancang perbelanjaan dapur dan makanan untuk keluarga

Mulai dengan senarai barang keperluan runcit, rancang idea memasak untuk keluarga, pilih menu yang sihat untuk keluarga. Semuanya bermula dari anda.


8. Pelajari skill baru setiap bulan

Tetapkan matlamat untuk belajar skil baru setiap bulan. Tingkatkan skil memasak dengan mencuba resipi baru, belajar melukis, belajar bermain catur, belajar menghias rumah, belajar membuat website, dan banyak lagi. Anda pasti bangga apabila skill ini membantu kehidupan anda suatu hari nanti. 


9. Belajar mengawal fikiran sendiri

Kebanyakan perkara adalah diluar kawalan kita. Hentikan perasaan negatif seperti risau yang keterlaluan akan perkara yang anda tidak dapat kawal. Kita tidak boleh mengawal persekitaran, namun kita boleh memilih reaksi kita terhadap persekitaran tersebut. Ketika saya sedang menulis artikel ini dengan aman di sebuah kafe, tiba-tiba datang sekumpulan pelajar menghias ruang di sebelah saya untuk sambutan hari lahir rakan mereka. Suasana senyap bertukar agak bising. Saya dengan tenang memberitahu diri sendiri bahawa ini adalah perkara yang baik untuk mereka kerana telah menggembirakan rakan mereka. Kami senyum dan bertegur sapa. Perspektif saya berubah apabila berjaya mengawal fikiran sendiri. Anda pun boleh!




10. Kemas dan susun barangan di rumah

Lumrah wanita memang mempunyai banyak koleksi pakaian. Setiap bulan pasti shopping. Rajin-rajinkan selalu mengemas dan menyusun pakaian anda. Asingkan pakaian yang tidak dipakai sejak 6 bulan lepas dan dermakan. 

Kenalpasti barang yang tidak diperlukan, dan terlalu jarang dipakai. Hentikan tabiat membeli pelbagai barangan yang tidak perlu seperti periuk, dan pinggan mangkuk berlebihan. Simpan hanya barang yang anda perlukan. Anda pasti takjub dengan perasaan baru apabila rumah anda bersih tersusun rapi dan anda banyak wang untuk disimpan. Gunakan wang ini untuk berjalan melihat keindahan dunia yang luas terbentang.



Sebarang komen atau penambahbaikan, sila hubungi penulis melalui email nora@iman.com.my - Norasurah Abd Wahab.



Older post