Lindungi Pembelian Anda dengan Iman!

Lindungi Pembelian Anda dengan Iman!

Penipuan atau pancingan data pengguna berlaku sepanjang masa di dalam talian tanpa perhatian kita. Mereka menggunakan pelbagai kaedah cara untuk mengeksploitasikan kelemahan dan kebaikan kita untuk menipu dan menarik kepercayaan kita terhadap keaslian dan kejujuran mereka walaupun ternyata ada kekurangannya.


Protect-your-Purchase-From-Fraud.jpg


Telah dinyatakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada tahun lepas bahawa setiap bulan lebih kurang 2500 aduan diterima purata setiap bulan untuk penipuan e-dagang. 

Kami ingin bincang dan nyatakan beberapa kaedah bagaiman untuk mengelakan diri dari diperdaya oleh pihak sebegini dan masih lagi boleh nikmati kemudahan pembelian secara online:

Mereka masih lagi aktif sepanjang tahun, tetapi waktu kemuncaknya ialah bila ada upacara atau peristiwa istimewa dimasa yang sama syarikat lain menarik perhatian pembeli dengan harga yang murah seperti hari 11.11, 09.09 dan sebagainya.

Antara Tanda Amaran yang perlu diambil perhatian:

  • Harga murah yang jauh lebih murah dari sepatutnya tiada mungkin boleh dipercayai. 
  • Sewaktu penjual ingin minta bayaran sebelum ada bukti dimana produk atau tunjukan mereka ini betul atau tidak, dengan menggunakan pelbagai alasan kenapa bayaran perlu dibuat segera.
  • Cuba untuk lindungi diri dengan membuat pembelian menggunakan syarikat E-Dagang yang besar, dimana mereka atau penjual boleh membantu sekiranya apa-apa sewaktu penghantaran.

Protect-your-info.jpg

  • Hindar dan tolak permintaan untuk sebarang bukti nyata ataupun lawatan. 
  • Jangan sesekali buat bayaran direct ke akaun peribadi.
  • Dalam Shopee atau Lazada, tidak memberi penjual pembeli OTP kerana mereka boleh semak pembeli sudah terima barang atau tidak dari akaun mereka dan tiada hak untuk menarik balik kemudian hari sekiranya sudah hantar. 
  • Jangan memberi email atau sebarang maklumat peribadi mahupun akaun bank.

Double-Check-The-Seller’s-Authenticity.jpg

  • Sekiranya Tuan/Puan sudah terkena denga penipuan sedemikian, Pihak kami harap Tuan/Puan rujuk dengan pihak polis dan guaman sekiranya perlu untuk buat report mengenainya. 

Report-to-the-police.jpg

Malangnya, bisnes kami juga bukan terkecuali, sebahagian penipu ini mempromosikan produk kami dengan harga yang sangat murah. Selepas itu meminta pembeli untuk membayar ke akaun peribadi mereka/atau akaun bisnes yang palsu tetapi minta ambil produk nya di kedai kami. 


Secure-Purchase.jpg

Sila berhati-hati dan tolong beli dari penjual dan penganjur kami yang sah sebagai langkah selamat.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping